Kematian


Dalam kemeriahan kita menyambut AidilFitri, namun sedar tak sedar masih ramai yang dalam kesedihan. Di ruangan yang kecil ini, ingin saya ucapkan takziah kepada saudara Azizi dari Sarjana Muda Pendidikan Islam, saudari Syafazilah Jabatan Syariah Undang-undang yang kematian ayah. Saudari Fitrah dari Fakulti sains yang kematian ibu. Seterusnya keluarga Hazwani. Mudah-mudahan ruh insan-insan ini dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

>>>Inilah menunjukkan kekuasaan Allah terhadap makhluk2nya. Ramai dikalangan kita menyangkakan bahawa kematian itu hanya menjemput golongan yang berumur, namun yang muda janganlah menyangka bahawa kematian itu masih jauh. Sekiranya kita lihat pada buah durian (my favourite), bermula dari bunga, kemudian menjadi buah yang kecil dan seterusnya buah durian yang masak. Tidak semua bunga durian akan menjadi buah yang kecil, dan tidak semua buah yang kecil akan menjadi buah yang masak dan sedap dimakan dan tidak semua buah yang masak dapat dimakan dan dapat memberikan manfaat pada semua manusia. Pada kejadian buah durian telah melambangkan kejadian manusia. Bunga durian ada yang gugur, begitu jugalah manusia. Ada yang kecil lagi dah gugur dan seterusnya.
>>>Kemudian jika kita lihat pada buah yang masak, tidak semua buah durian yang masak boleh dimakan.Begitu jugalah manusia, tidak semua manusia yang hidup didunia ini dapat bagi manfaat pada manusia yang lain. "Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat pada orang lain"
>>>Justeru marilah beramal untuk akhirat, disamping tidak mengabaikan madu'2 yang memerlukan bimbingan.:)

Posted in Labels: |

1 comments:

  1. Leenoh Says:

    Assalamualaikum.
    Mengingatkan kematian akan mendekatkan kita kepada Allah. Nabi Adam.a.s. adalah manusia yang pertama di dunia, tetapi adakah baginda juga manusia yang pertama meninggal dunia.Habil meninggal dunia terlebih dahulu, maknanya dalam sejarah anak yang lebih muda meninggal dunia terlebih dahulu.

    Kematian itu bukan kerana muda atau tua. Kematian itu berlaku apabila Allah kehendaki, Orang yang sakit begitu lama belum meninggal dunia tetapi orang yang tidak sakit, tiba-tiba meninggal dunia.

    Oleh itu bekerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan meninggal dunia esok. Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan kita semua.

    wallahu aa'lam bissowab. Wassalam